Tuesday, January 4, 2011

Impian saya (My dreams)

I meant to post this a long time ago, but I kept on procrastinating, thus, it only appears in this brand new year. For this entry, I am going to write in my native language.

Setiap orang mempunyai impian. Ok, scratch that. I don't want to begin with a sentence from secondary school essay reference book. Let's restart.

Saya akui, saya memang mempunyai impian yang yang sangat tinggi, tetapi bagi saya munasabah dan dapat dicapai seandainya saya yakin dengan kemampuan diri saya sendiri. Untuk orang  yang mempunyai "self-esteem" yang rendah seperti saya, cepat menggelabah dan panik sebelum mencuba, perkara yang susah sememangnya akan menjadi lebih susah untuk dibuat.

Tetapi kali ini, saya telah bertekad untuk mencapai impian saya. Jadi apakah impian saya? Impian saya ialah untuk melanjutkan pelajaran peringkat Master dan PhD di Amerika Syarikat. Senang sahaja bukan? Lagi senang jika mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kenapa saya memilih negara barat yang sangat jauh? Kenapa tak di negara sendiri sahaja? Ada sebab-sebabnya kenapa saya nekad membuat pilihan ini.

Pertama, kos yang saya nak ambil belum ada lagi di sini. Apa kos itu? Biarlah rahsia dulu. Ayah pernah mencadangkan dan hendak menaja jika saya memilih Australia, tetapi bagi saya, kos ini sudah betul-betul establish di Amerika Syarikat berbanding dengan negara-negara lain. Lagipun, saya tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan ayah dan mahu melanjutkan pelajaran menggunakan hasil titik peluh sendiri. Pada saya itu lebih berbaloi dan berharga.

Kedua, saya mempunyai impian untuk menjelajah kesemua 50 buah negeri di Amerika Syarikat, termasuk Hawaii dan Alaska. Saya mahu merasai pengalaman bermain salji, duduk bersantai sambil membaca buku di Central Park, minum kopi di kafe tepi jalan di New Orleans sambil menikmati alunan muzik jazz, memakai topi koboi dan bercakap dalam aksen western di Texas, bersantai di tepi pantai di Hawaii, tidur di motel-motel dan banyak lagi. Indah bukan?

Yang terakhir sekali mungkin memang sangat mengarut. Saya perlu mencipta memori baru dan melupakan segala-galanya yang pernah berlaku di sini. Kawan saya pernah bertanya, "K, kenapa kamu selalu lari apabila berdepan dengan masalah?". Saya bukan lari dari masalah, kalau boleh, saya mahu hadapi semuanya. Tetapi bagi insan yang complicated seperti saya, masalah yang saya maksudkan ialah masalah yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Ya, saya sangat lemah apabila berdepan dengan situasi yang melibatkan hati (matters of the heart). Apabila saya suka dengan seseorang, seboleh-bolehnya saya akan lari kerana saya tidak mahu merumitkan keadaan yang telah sedia rumit. Saya tahu agak susah nak difahami kerana saya sendiri pun tidak faham. Selagi saya berada di sini, selagi itu hati saya akan berasa tidak tenteram. Jadi saya perlu berada lebih jauh daripada orang yang saya suka supaya saya dapat melupakan orang itu dan move forward/move on.

Jadi, pada petang tadi, saya telah mengisi dan menghantar borang-borang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Amerika Syarikat melalui online dan berdoa agar mendapat tawaran secepat yang mungkin. Kalau boleh, saya mahu pergi tahun ini juga, tetapi secara logiknya, saya perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga awal tahun depan. Jadi, mulai dari hari ini, saya akan menghitung hari dengan penuh kesabaran. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Amin.

Saya rasa kamu pasti dapat membuat kesimpulan daripada entri ini bukan?
"The one who wants me, I don't want to. The one who I want, doesn't want me."
Love,

No comments: